Rahsia Atasi Malu Berlari Di Luar Sebab Gemuk 190kg

Jom baca kisah Fuad Darjat yang berjaya turunkan berat badan lebih dari 100kg.

Saja nak share pengalaman saya dalam ni.. saya ni bukanlah runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”..

Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk.. makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan.. out meter bagi penimbang analog tu..termenung saya sekejap..

Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk..yelah dengan berat 190 kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178cm..

Datang satu seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (smpi mcm tu sekali dia punya semangat datang)…dont take serius..

Dah pada januari 2016 saya mulakan dengan prediet.. contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tenghari, esoknya amik nasi tengahari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus..(saya tak cakap nasi bersalah tapi tulah cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah dua pinggan)..

Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya.. Saya mulakan dengan buat diet LowCarbs (as we known). Slow slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.. Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160..laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air.. siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dalam masa 2 bulan.. dan selepas itu berat saya statik selama sebulan.. Allah saja yang tahu waktu itu, dan saya bertanya dan belajar serta mulakan bersenam..sebelum ni saya tak bersenam apa pun..

Bermula berlari anak dalam rumah

Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemok 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari2 anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit..pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak..dan berat semakin turun lagi..dan selepas raya 2016 baru la berani kan diri joging di mini stadium sepang.

Waktu tu memang rasa sangat malu nak joging situ. Pegi joging pun gelap-gelap pukul 6:30am dah terpacak sebab waktu masih gelap dan tak ada orang. Joging punya joging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg. kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off.

Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke? Saya cakap tak nak la, malu la, gym semua sado badan, saya badan sendu je. Kawan saya cakap masuk gym aku jaga, gym pertama saya masuk seumur hidup gym Gymbeat.

Bermula gaya hidup di gym, start Feb 2017.. dan saya selang selikan juga dengan joging di stadium. Masa tu tak boleh jogging di jalan tar, sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju melayu kena tempah dan guna kain 6 meter! 

Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa di selang selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. maka diet pun ada on off..

Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg, hampir 100kg dah terbuang dan alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal makan dan kekal aktif dan saya ada sukan baru saya join iaitu hiking plak. Alhamdulillah sekarag hidup saya totaly berubah kepada aktif, kalau tak ada aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.

Tapi apa yang saya boleh banggakan ialah saya berjaya melakukannya walaupun nampak mustahil pada mulanya. Insha Allah saya akan kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tidak regain obesity lagi sehinggalah sekarang. Semakin hari sehingga kini saya belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan..

Apa yang saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.. dan jangan sesekali cuma berangan saja.. bangun dari lena dan teruskan bergerak.. kepada sesiapa yang masih mcm saya seperti dulu, jangan la cepat mengalah.. salah satu punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengn anak kat mall..

Kalau pergi shopping, sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je.. kalau tak dapat kerusi untuk duduk, saya mengamok penat kat wife… haha serta asyik nak cepat balik je sebab penat berdiri.. saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus di bekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah.. ingat tuan puan.. nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yg mustahil jika kita cuba lakukan..

Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.. 

Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda.. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit yang beli ubat kurus digunakan untuk beli kasut baju sukan.

Sekian dari saya.. terima kasih kerana sudi membaca

Next target 21km dan 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk saya cuba.. (maybe ultra,dualthlon or triahtlon ) 

Fuad Darjat, Dari 190kg ke 90kg. Bekas perokok tegar sehari 20batang. Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan.

Facebook Comments