Macamana Nak Buat Recovery Run Yer

Recovery Run ialah larian santai “easy pace” yang dilakukan dalam masa 24 jam selepas larian jarak jauh.. HM, FM. Easy Pace setiap orang tidak sama. Ia bergantung kepada tahap kecerdasan seseorang.

Cara nak tahu berapa easy pace anda ialah, semasa lari anda boleh bercakap dan berbual, tidak tercungap ataupun heart rate anda berada di zone 2 atau 3.

Contoh Heart Rate Easy Run

Antara Faedah Recovery Run

1. Lancarkan aliran darah dalam badan
2. Percepatkan penyingkiran asid lactic dalam badan
3. Percepatkan pemulihan otot2 yang koyak secara mikroskopik

Mulai hari ini, sekiranya anda melakukan aktiviti larian yang berat, maka dalam masa 24 jam selepas itu, lari easy pace dalam masa 20 ke 30 minit… bukannya desup laju.

Jom SHARE pengalaman anda di bawah. Apa perbezaannya, buat recovery run dan tidak buat.

Facebook Comments