Larian Pertama Sejauh 42KM LSD Route 68

Pertama kali lari sejauh 42KM. Ingatkan Full Marathon. Huhuhu… Memang memenatkan. Jom tengok perjalanannya. Ianya berlaku pada 6 Jan 2019, bermula jam 3 pagi.

Full Marathon adalah sejauh 42.195KM. Jika saya tahu, sudah tentu saya lajak. Ni pada km 42, sudah berhenti. Apa pun, boleh anggap mampu tuk hadapi FM di masa akan datang. Inilah first time buat larian sejauh 42KM.

Bersiap dengan kelengkapan beg air, coklat, lampu kelip-kelip, lampu atas kepala. Inilah pertama kali kenal beg ni.

Bermula jam 3pagi di Gombak, gagahkan diri, bersama otai-otai. Abu Rayyan sebagai ketua dan Cikgu Martin Lam sebagai sweeper.

Perjalanan Route 68 memang mencabar. Mendaki sejauh 15KM. Mungkin sebab semangat, berjaya juga habiskan.

Tengok graf Elevation kat atas tu, naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit. Setinggi 627 m, memanjat bukit.

Saya lari paling last dalam gelap-gelap mengharungi keindahan malam. Cikgu Martin Lam, sesekali pusing balik tuk tengok keadaan saya. Menjaga keselamatan saya. Tq for that.

Akhirnnya sampai juga kat genting sempah. Kitaorg berenti solat subuh dulu.

Kat Genting Sempah ni, jumpalah Coach Hadi. Dapatlah aura semangat dari beliau. Beliau buat program Booster. Beliaulah meng menjadi pencetus saya mulakan larian pada 13 Jan 2018.

Masa tu, lari 400m pun dah semput. Tq coach. Memang recomended lah sape2 nak workout dengan dia. Ada kelas tau dan kena disiplin jaga makan.

Lepas tu, teruskan larian sampai ke kampung janda baik. Ada lagi 4km ke depan dan 4k patah balik. Naik dan turun bukit yang ke 2.

Sampai je sana, terus patah balik di checkpoint 21KM. Dah half marathon. Memang mental kena kuat. Lagi 21KM tu kena redah.

Dalam perjalanan, ada pakcik tu jual buah. Atas sikit dari genting sempah menghala balik. Makan dulu pisang, bagi tambah tenaga.

Berkat kesungguhan, kesabaran dan ketahanan mental. Akhirnya berjaya cecah 42KM.

Waktu awal-awal, yang menjadi cabaran ialah heart beat. Waktu akhir-akhir, heart beat ok tetapi kaki sakit. Kena kuatkan otot lagi lah lepas ni.

Ni masa setiap KM yang lari. Takdelah slow sangat. Pace maintain.

Facebook Comments