First Larian 50KM, Apa Rasa Dia Yer?

PENGALAMAN MENEWASKAN DRAGON

Cerita perkongsian/pengalaman saya dalam larian DBE 2019, selama 12 jam, bermula dari 9pm – 9/9/2019 hingga 9am – 10/9/2019. Yang baik boleh dijadikan panduan.

Alhamdulillah, 2 rekod peribadi tercipta iaitu, FM dalam masa 7 jam 5 minit dan larian terjauh setakat ini, 50.05KM dalam masa bawah 9 jam.

Sejak 3 bulan lepas, dah buat training, so harini no injured and finish strong, memang training (millage banyak, amat2 penting), saya buat training 212KM bulan ogos, ianya amat2 membantu.

Semua peserta lain, paling tinggi dapat 10 loop, ada yang 8 dan ramai gak yang buat 6, memang power2 diorg, saya hanya buat 5 loop sahaja dan itu yg saya letak target untuk capai.

Dalam jarak 3 loop, saya mula dengan pakai kasut. Lepas jer 3 loop, saya tukar pakai Y Sandal.. ada gak lah perbezaannya.. jari2 kaki kurang sakit, sebab freely bergerak pakai sandal. So 30km kasut, 20km sandal.

Bab makan, event ni memang best, baik masa larian ataupun lepas habis larian. Meriah. Yang saya tak sangka mampu buat ialah, habis loop 3, saya makan nasi minyak ayam sambal.. alhamdulilah, perut tak meragam.

Loop 3, saya plan jalan laju sahaja, ditemani idola Noorulzaki A. Rahman sembang punya sembang, habis 1 loop, 9km 600m

Loop 4, saya masih ada tenaga lagi, so lari slow, pace 7, kurang berhenti. Loop 5, dah mula rasa sedikit tak selesa kat lutut dan kaki. Apa yg saya buat ialah, bila lari tu, fokus kurangkan hentakan pada kawasan yg tak selesa tu.

Saya amik 2 tiub N8 energy gel, memang rasa perbezaannya, diakhir2 KM tu, adalah tenaga nak berlari.

Akhirnya, dapat habiskan loop 5, sejauh 48KM.. untuk dapatkan 50km, saya lari pusing2 kat kawasan finisher, to beat my own record.

Terima kasih pada semua yang sapot dari awal, thanks to my buddy runner, idola Imran Halim Mohd Sofian dia dapat buat 6 loop. Tahniah.

Jika nak long distance, pastikan cukup millage. Mental kena ready. Betullah ramai otai2, idola2 tekankan perkara ni, dan itulah yg saya rasai. Habis dengan happy without stress and jalan kengkang.

Tahniah pada semua runner yang ada event minggu ni, yang podium dan finisher. All the best, keep training n running 🙂

Anda ada pengalaman sebegini? Bolehlah share dalam group LIKE RUNNER. Semoga ianya memberikan inspirasi buat kita semua…

Facebook Comments