Biasanya Ko Lari Pace Berapa Ye?

Ini antara soalan yang selalu kita dengar. Masing-masing nak laju, nak pace serendah yang mungkin, bawah pace 4.

Ni saya nak story sikit. Just nak share pengalaman jer, sebab saya suka kongsi, bukanlah nak “exsyen” tunjuk pace ke apa ke…

Dalam latihan, akan ada masa yang saya akan lari ikut heart rate. Jika saya target taknak ada zone 5 (zone merah), saya akan slow ajer..

Bagi saya, pace akan bertambah baik sekiranya heart rate kita rendah dan akan menyebabkan kita boleh bertahan dengan larian dalam jarak yang lebih jauh.

Sekarang ni saya dah capai tahap, pace 8, boleh gi tanpa zone merah.. sebelum ni, pace 9 pun belum tentu boleh dapat tanpa zone merah. Sebab tu kena banyak bersabar, lari slow ajer, ataupun jalan bila heart rate naik. Bila dah turun, lari slow2.

Yang paling bagus ialah, cuba latih, supaya zone hijau sahaja. Zone kuning pun tak masuk.. tu yg terbaik. Jika perlu jalan, maka jalan lah.. lari ikut heart rate, bukan ikut pace.

Bila buat gini, memang kurang letih, bukan tak letih langsung yer.. hehehe… Saje gurau..

Rajin-rajin buat latihan, lari dalam heart rate rendah. Jika boring sangat, ajak kawan2 yang boleh lari sama ngan kita dengan kelajuan sama.

Anda ada pengalaman lari dengan heart rate rendah? Kongsikan di ruangan komen di bawah…

Facebook Comments