Apa Yang Kena Ada Bila Nak Join LSD?

Long slow distance (LSD) atau LSD merupakan salah satu latihan larian yang memerlukan kita lari dalam heart rate zone 3 (Aerobic Zone). Kebiasaannya, jarak perlulah melebihi 20KM ataupun masa larian melebihi 2 jam

Ni ikut pengalaman saya lah bila join LSD yang takde water station. Saya share dari atas sampai bawah…

LSD di KLIA, 30KM

1. Cap – Saya pakai sebab nak bagi peluh diserap oleh cap.. so taklah saya kena lap ajer

2. Headlamp – Yang ni tuk safety, so kengkadang route tu gelap… Masa ikut Route 68, mula 3 pagi, memang kena ada…

3. Walkman – Ni nak elak boring masa lari, so dengarlah lagu ke, ceramah ke, apa2 lah yang korang suka

4. Beg tangki air – Ni ada air dan ada penyedut terus.. so, kalau haus jer, sedut..

5. Pouch ikat kat pinggang – Ni tuk letak kunci n smartphone. So, boring2 leh layan FB…

6. Blinker – Ni tuk safety jugak, org nampak kita dari jauh…

7. Baju – Pakai je baju finisher, baru semangat dtg

8. Seluar track jer

9. Stokin kat lutut tu, apa tah nama dia… ketat juga, nak protect lutut..

10. Stokin – Yang anti bliss, elak melecet

11. Kasut yang long distance.

12. Jam Garmin – Nak track larian kita.

Ada lagi ke yang tertinggal? Kalau ada, lehlah tambah2 kat komen di bawah …

Facebook Comments