Apa Itu Virtual Run Dalam Sukan Larian?

Virtual Run merupakan pertandingan di mana seseorang itu boleh jalan, jogging atau lari dari point A ke point B ataupun menggunakan treadmill.

Jarak larian serta masa akan ditentukan oleh penganjur. Kita sebagai peserta boleh lakukannya di mana-mana sahaja.

Kebiasaannya, setelah lengkap memenuhi syarat jarak dan masa larian, kita perlu menghantar result larian kepada penganjur. Ada juga virtual run yang dilakukan secara berkumpulan.

Hadiah berupa tshirt, medal dan e-cert akan diberikan kepada mereka yang dapat melengkapkan virtual run tersebut.

Yuran penyertaan virtual run, kebiasaannya adalah antara RM 20 ke RM 70 bergantung kepada butiran event tersebut.

Runner yang menyertai virtual run membolehkan mereka mencabar diri melengkapkan satu-satu cabaran sekaligus boleh mendapatkan hadiah sebagai kemenangan melepasi cabaran itu.

Kepada yang berminat untuk mengetahui tips-tips serta informasi berkaitan sukan larian, bolehlah daftar percuma di laman web likerunner.com. Klik Sini.

Facebook Comments